Showing posts with label Blues untuk Mariamah Tijo. Show all posts
Showing posts with label Blues untuk Mariamah Tijo. Show all posts

Thursday, July 20, 2017

Chester Bennington is Dead

I become Chan Ho Nam . I cant feel youuu thereeeee.. well dah lama bangat aku xnulih dan beri komitmen kepada persinggahan hati dan minda kedua selepas Fbuk daily or xdaily pun bila xde topap xapdet pun... hell selain hectic embracing new system dalam job aku sebagai gov servant .. mmg xsempat checked apa yg best dari movies or series huhuhu.. ingat nak bukak blog pasal the BEST SHOW MASA RAYA 2017 HANYALAH JKK KG KALUT RAYA PART 1 DAN PART 2 OR show Nabil Bus Stop tu suck.. punnnn tak sempat.. rumah kedua ni or blog ni macam rumah skandal lama la kot.. ko berikan emm emmmm sepenuh rasa dan kesungguhan dalam berblog ekeke.. walaupun kdg kdg ko.pokai tak berbahan.. tapi ko still nak give something   .. so pagi tadi aku lepas kebumikan one of my bunny pet yang diserang hanjing liar last nite.. tiba2 aku browse handset.. ada berita kematian Chester LP.. its really shocked.. yang mamat tu committed suicide dan dah tak boleh control kehilangan Cornell yg aku pun still xbukak blog pasal dia sbb lost for words..                                             LP is the band disebut menyebabkan few nu metal bands tenggelam dan genre tu sendiri kambus.. sbb LP masa mula- mula naik tu walaupun ada banyak band naik sekali dengan dia mmg selalu mention LP Sebagai "pemusnah Nu Metal" wpun ada banyak band pun naik selepas LP paved the way.. Cth Papa Roach dah been around tapi xnaik.. only lps LP baru aa diorang cari lagi more names and bands.. sementelahan LP memang berdasarkan idea Shinoda.. menggabungkan sound metal.. rap dan electronic..dan thanks to Lp laa korang perasan ... walaupun idea tu dah lama Korn dan RATM perjuangkan hehe.. its pop sensibilties dan big budget...imej yang healthy.. artsy bitsy - diorang Linkin Park semua tera lokes mecha.. dan design .. tapi apa yang paling menyodehkan ialah..Linkin Park or Hybrid Theory yang belum bervokal.. Chester adalah orang terakhir yang melengkapkan Lp sebagai vokalis dan screamer.. dia pulak first person yang pergi dulu..  we gonna miss you Chester.. 9Gag da posted something yang Linkin Park namakan sebagai lagu "Talking to Myself".. aku pulak dari Raya aritu pulun lagu Castle of Glass...

Tuesday, September 25, 2012

Berkenaan kemunculan semula memblogging

Mak aiii... ada dekat sebulan lebih aku x update blog.. selain gila2 hectic sebagai penjawat awam di jabatan yang sangat kaw2 pentingnya.. aku jugak dilanda kepokaian tahap cipan.. kerana bonus aku dinafikan x pasal... masalah disiplin yang tidak dapat ditolerate la kononnya.. podah laaa... penat aku bekerja.. sakittt hattti... tapi x boleh nak berhenti lagi.. cissss...

Pokai means takde la bahan.. udah la stress nak meng-ada-kan kelengkapan Raya tue sangat sakit.. nasib bek boss belanja aku tengok wayang last filim THE BOURNE LEGACY.. di ujung Ramadhan aritue.. tapi gasenya xpayah la kita review filem tue.. sangat Bourne-tot tak sedapp.. ahhh tensenn... memang x terkejar trilogi sebelum nie yang da poweerr...

Ok takpe.. kali nie aku hadir gagahkan jugak memblogging untuk korang.. yang konon2 nak tunggu, windu tulisan guwe.. o yeahh..    

Sunday, July 31, 2011

Amy Winehouse is dead



Our soul sister yang aku puji kaw2 lebih bigger daripada Norah Jones seawal kemunculan dia dulu baru ajer seminggu meninggalkan kita.. aku pulak terhutang beberapa entri yang kunun aku nak buat untuk Zami Ismail.. dan Qayyum of ujang MOY.. tapi tak semestinya apa kita planned dapat kita buat.. sementelahan lak kerja aku bizi kaw2.. terpaksa la entri yg kunun2 aku nak bebel sekali pasal kenangan terhadap PI MAI2 episode moment favorite aku batalkan atau tangguhkan lagi..



Amy Winehouse memang mula2 chubby atau "aset" dia jer chubby,.. pastue jadi skinny kaw2 lepas teruk sngat pulun dadah.. memang fallen angel.. dan dia dah pun menyertai group yang mati ketika popular dan berumur 27 tahun.. (Cobain.. Hendrix..Jim Morrisson of the Doors.. Janis Joplin..) atau geng2 died too young,, macam Aryton Senna,. dah la mati mereka semuanya tragis dan misteri pulak..



Takpe ahh.. klon2 dia macam Duffy.. Gabrielle Cilmi atau our own najwa Mahyiddin adoo... ubat winduu.. selamat tinggal makcik berambut sarang tebuan dan suara besh nie..

Monday, December 27, 2010

Malaysia bergaya ke Final Round 2 Piala Suzuki AFF 2010


Final Round 1 Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad malam tadi

Boleh pun budak2 nie bermain dengan besh... siap berani2 tackle pemain Indonesia.. padan muka goalie Indonesia itu,.. menggelabah daa buat plot kena laser pen... bodooo.. kan da kena benam 0-3 wakakaka... suka aku... punya la riuh kedai makan kat Lembah Jaya nie. bergegar Ampang dibuatnya ahahaha lama gila x rasa gagah dengan Harimau Malaya.. caya la Rajagopal..

Selama nie berapa banyak ongkos abes.. dengan MyTeam.. Shebby try.. KJ terai.. yg nie jugak membuahkan hasil... Alhamdulillahh syukurrr...

tapi kenapa Final ada 2 kali lak?? Pening...separuh aje gembiranya baru.. kalau ada sorang rakyat depa bleh jadi mangsa keganasan penyokong depa -(Indonesia)- x dpt tiket final kedua kat Stadium... seperti dilaporkan oleh Buletin Utamamalam tadi.. what more could we expect??

Wednesday, September 08, 2010

Ramadhan dan Kecharoian HambaMu Ya Allah

ramadhan closing.. aku windukan suasana mesir di mana aku akan makan free di masjid Arab.. dapat daging sekepuk dua -masa- masa singkek pelajar tua.. sedihhh...

now dah kerja kat Malaysia.. pun singkek jugak ekekeke.. aku windukan lampu Fanus dan Musahharat dan kartun animasi arab Bakkarrr.. dan rancangan kena- mengenakan orang.. candid camera Arab yg jauh lagi kejam drpd WAKENABEB kita..

ramadhan aku tahun nie charoi gila.. tak makan balah bi luzz.. atau kurma mana2.. sbb aku x sompek angkat kurma di mana2 aritue.. gaji masyuk lambattt.. dah la gitu.. Tadarus dan Terawih pun x sompek.. syiann aku..

Monday, September 06, 2010

ANA FAQIR dan BLUES GANG Metafizika "Kembali ke Asalmu" (Koleksi Nurul Ala 2008)





  • Kesufian.. tasauf memang laa macam rupa tambah.. tapi manusia saja menyusah- nyusahkan diri.. mencari sana sini.. padahal kalau korang dah lengkap Tauhid.. Akhlak dan Feqah yang basic.. cukup dah.. tak payah cari bende2 tambah.. dan memang laa... kalau takde ilmu.. tasauf akan dianggap sebagai "bende tambah.." yang kadang2 ditambah2 sebagai penyedap yang kadang2 tak betul.. dan kalau rasa tak faham... carilaa orang yang berilmu


Stuff like this..- METAFIZIKA "kembali Ke Asalmu.." dah lama aku windukan. rupanya nak dekat dua tahun kewujudan dio tapi takde kat kodai biasa.. aku angkat di Bazaar Ramadhan kat Stadium Bukit Jalil..sementara menunggu hasema dengan stuff belian dia.. selama nie kita dok obses dengan Band Indon macam Ungu.. Waliband.. Opick buat album ketuhanan- otai kita _ Blues gang.. dah lama ada projek macam nie.. someone named Syeikh Ana Faqir.. ajak geng2 Blues Gang menggabungkan puisi kesufian dan lagu2..(bayangkan projek Hijjaz raya yang ajak Ina Naim sekali berpuisi bernyanyi dulu..) mostly lirik provided oleh Ana Faqir nie jugak.. perghhh aku bukak keratan ketiga.. dengan petikan gitar otai2 Blues Gang.. dan entering piano.. bunyinya fresh siottt... lagu Alam Maya memang something dengan suara Ito..

Satu ketika dulu.. aku ingat lagi.. masa M Nasir ungguli radio dengan so- called lagu2 kesufian dia.. Ito bukan main marah lagi bila M Nasir campur adukkan lagu dia yang santai happy dengan mentera2 india.. "Aummm" (cth)Kias Fansuri kot.. dengan lirik2 yang Ito dakwa M Nasir guna hadis... tak lama Ito come up pulak denghan ini.. takpe laa tue.

Lagu Surau Tua pun mengusik..

Makcik nama Dr Rahimah Hamid tue serius aku tak familiar.. tapi siapa into sayembara deklamasi mungkin biasa mendengar karya2 dia..

CD audio nie dibekalkan sekali dengan satu buku berkenaan Metafizika.. apa itu Zikir.. Tasawuf.. aku x angkat pakej dengan buku tue ehehehe.. sebab aku nak dengo Blues gang jer..

Tapi apa yang memberikan roh dan jiwa sebenarnya ke dalam keseluruhan persembahan rekod nie- baik puisi dan lagu ialah permainan flute dan seruling bambu Mohar.. soothe the nerveeee...

Saturday, July 17, 2010

Kenangan Piala Dunia 2010



Selepas bersengkang mata beberapa minggu.. that's not including me.. sebab aku hectic gila la konon2 kerja.. akhirnya Piala Dunia melabuhkan tirainya.. dengan Sepanyol- yang mula mengejutkan orang dan peminat bola sejak Euro 2008.. menjadi juaranya... dan menyaksikan Brazil ilang sentuhan keramat depa... di mana Brazil bukan lagi Brazil- main ganas gila.. dan Belanda lak malam final jadi pelakon2 bangsat.. England memang kaw2 charoi.. tapi England selalunya begitulah.. luck depa memang x ketentuan sket.. dari dulu lagi.. perancis? Italy?? Bancai gila... kali nie..

Piala Dunia yang baru berlalu nie juga menyaksikan hype dan headlines lain mewarnai liputan- liputannya seperti Paul si sotong yang meramal tepat gila.. Larissa model Paraguay... paris Hilton pun nak masuk jugak?? Dan jugak WAGs- isteri kepada bintang2 bola yang tahap selebriti.. (kebanyakannya dari pasukan yang bungkus awal..)

Kenangan aku pada Piala Dunia would be masa kat mesir.. di mana kami x perlu nak stayed overnight.. memadai lepas Maghrib dan lepas Asar.. (kalau summer..) da boleh tengok kat sana.. dengan meriahnya.. di kantin Pahang.. 1998 would be kat bilik aku di Kompleks Rumah Selangor dulu.. di mana budak2 lepak bilik aku sebab aku beli TV Adab Said tolak kat aku.. zaman2 Perancis dan Brazil power masa tue..

Friday, January 01, 2010

Selamat tahun baru dengan Kenaikan gula (dan barang2.. damn!!)


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Itu read dr Utusan Malaysia tadi.. pas Jumaat baru nak beli pagi tadi kaw2 pulun tidow... malam tadi tido lewat bukanla berfoya- foya pun tapi membuang waktu dalam bilik.. dalam keletihan balik kerja..

Ada banyak lagi kenaikan2.. yg akan ditempuh dan di"suck"-telan sendiri oleh rakyat dengan kenaikan gula nie.. kalau la kerajaan tak mengawalnya.. kurang2 teh tarik.. susu... haieee.. gila lahhh... da ;a aritue misteri kehilangan gula dari pasaran dekat2 nak raya .. peniaga sorok2kan gula.. gila lahh..

Mula la terngiang2 lagu Ali Mamak Semua Naik..
Azam tahun baru?? aku nak lebih banyak beli komik... (hohohoh..) lebih alert, focused.. tanak terlalu letih.. lebih cargas angkat CDs.. lebih ibadat.. lebih mengorat.. wahahaha..

harapan kita supaya semua slogan 1malaysia betul2 diterjemahkan dalam idup kita.. jangan ada pihak2 menggelabah..claim itu ini..

jugak industri filem kita .. kesenian.. animasi.. sokan kita berkembang.. tak diperlahankan oleh kegiatan curang "orang2 tengah yang memegang dana..." dan peruntukan..(sedih betul masa Badminton kita kat mana baru nie..claimin gaji depa x dibayar.. dan hadiah depa disimpan..)

Thursday, March 19, 2009

Hulu Langat Banjir



Ha alaa lupa pulak aku sebagai reporter tak berbayar untuk melaporkan perkara ini.. yahhh Jumaat lalu- yakni seminggu yang lalu.. tengah best tidur2an tiba2 hujan Subuh dari pukul 5 rasanya.. sampai ke 10 pagi... terus menerus membasahi bumi sehingga pada kecerahan pagi tue Mak aku usha kat luar.. mak aiii air sungai yang dah keruh macam teh susu sama ajer tinggi dengan tebing sungai- tanah Atok.. kebun2 Atok yang mom pulunkan..jembatan kayu milik Tuan tanah sebelah dah pecah dilanda air kuat deras.

Tak lama menunggu motorbike Mak nak ke masjid.. almost kantoi Jumaat aku sampai2 tue dah khutbah kedua... dah lepas doa antara dua khutbah aku..

Hujan terus menerus tengahari itu.. dan aku cuba called kawan2 di Sek Rendah Hagama Dusun Tua tapi aku lupa kredit dah kong wahaha

Disebabkan kawasan aku tinggi.. dan kawasan tu laa.. 15 tahun lalu- Mak aku pindah ke atas sket dr Kampung padang kat bawah tue.. aku ngam2 baru apis SPM... kat KKB.. kelakar.. dan timeline tue gak laa yang dicatatkan paper dan TV malam tue dan besoknya.. 15 tahun yang lalu--- teruk jugak cikgu2 tue merayap balik ke rumah.. ruginya aku x join tengok depa angkat kain tetinggi ehehehe.. pagar IKBN Dusun Tua roboh.. perghh laaa...

Pagi besok Ayu ajak aku clearkan air dan lecak2 kat kelas tapi aku tak pergi eehehe sebab Hasma nak lepak tengah2 hujan pulak kat kampung aku nie..

Kawasan2 yang kantoi dan terbabit banjir tue semua dah diwartakan JKR sebagai mudah kena bajir pun.. Sg Serai.. Dusun tua kena teruk... dan memang bulan2 aku mengajar aritue.. Batu 18 pun dihambat air...

Semalam jer di masjid Bt 14 Pekan langat kerajaan tatau BN ke PKR dah agihkan bantuan untuk penduduk2 yang terlibat dengan kerugian harta masa banjir tue...tapi aku tengok dari dalam bus jer.. tak follow pulak majlis tue..

Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru... Sekali Lagi.. Buat Bumi dan penghuninya













Greetings everyone on Earth..
Selamat tahun baru... Maal Hijrah 1430 (ye ke?) dan 2009... umur bertambah lagi setahun... tanggung jwb makin bertambah.. aku tau.. tapi aku masih tak bekerja.. ada kerja pun macam tak kerja.. tuisyen yg hasma usahakan- yang aku pun jaga- belum memberangsangkan lagi sambutannya..

Macam seronok dah aritue Oktober ke November MB baru Khalid umumkan payment, gaji guru2 KAFA dah boleh dinaikkan ke angka RM 1000 (jer..) selepas MB Selangor 'yang dikalahkan- dimalukan- tapi tak malu- malu kacau orang' encik Botox man- Khir Toyo keep complaining kadar kemiskinan Selangor yang diupkan kepada RM 1500 oleh Khalid.. bermakna selama nie JAIS memang boleh pun bayar seribu tue.. tapi adakah ini bermakna cara pembayarannya yang asyik2 3 bulan pertama sampai aku hangen sebab kelabu asap tak bayar2 itu akan improved?? Hell.. dah berbelas tahun aku dengar bende yang sama.. (12 tahun memang la aku kat Moser..) tapi aku mengajar sekejap sebelum ke Mesir tue...

Aku ingat dengan payment yang dah up sket tue buleh laa aku fokus kat mengajar jer.. mengajar walaupun simple tapi tugasnya berat beb.. nak fill kepala anak2 bangsa dengan bekalan data agama.. fardhu ain.. berkat ilmu aku tue aku harapkan berjalan.. takde laa aku kejap2 berangan nak jadi artis ke..nampak piano kat kedai Yamaha pun nak beli.. wahahahah atau tiba2 nak berkobar2 kat kumik ke.. penulisan kumik atau serius kat mana2 ke.. yang Mom aku dok bebel aku invest banyak kat beli kumik tadi.. tapi tak beri apa2 duit kat dia.. (sedih wooo)...

Malaysia setahun da pun diringkaskan dalam TV dan akhbar harian kita.. menyaksikan kepergian... (sama aje laa dengan) pemergian beberapa tokoh termasuk Almarhum Sultan Jaafar yang mangkat Sabtu lalu.. then gitaris Samad dari Lefthanded..then Loloq terdahulu sebelum tue.. kat ruang kumik US Mich Turner pun da jumpa Tuhan... kat ruang fesyen- tokohnya pun da pergi sorang..Yves Saint Laurent.. Samuel Huntington penulis sains dan politik terkenal lewat karangan besar beliau- Pertembungan Civilisasi..(1993, 1996) baru ajer Krismas nie pergi...

the rise and fall.. the cerai berai artis.. the skandal.. the disasters.. the killings.. the crime.. the hyped.. the shuffle... the Obamaniac.. the Datuk Shah Rukh Khan hype.. the gay community.. the bontot Saiful and Anwar thingy.. the Altantuya theory.. the election dan kerajaan baru... the rise of Malaysian indie bands- Amy Winehouse poojaanku terus jadi fallen angel..Michael Jackson masuk islam pakai niqab.. huihhh memang penuh warna laa 2008... Subhanallah..

Pembuka Maal Hijrah jer Israel dah bom Gaza dan sound Palestine depa akan ambush dengan force dari darat pulak.. cibai betul kita maki2 Yahudi tapi masih suka music dari Yael Naim, Scars on Broadway, System of a Down .. suka dengan kelakar South Park atau Borat.. cemana tue?

Saturday, December 20, 2008

White Rabbit



Arnab yang korang tengok kan main kiut beraksi kat bawah nie bukan aku punya- adik aku, Epi- dibelikan oleh aweks dia sorang nurse.. tapi disebabkan aku seorang yang penyayang- almost hari2 jugak duit aku berderai beli sayur dia- kobis, carrot, kangkung yang segar2 gitu...

Alih2 minggu lepas mati pulak.. hari kejatuhan tanah di Bukit Antarabangsa.. tah apa silap makan ke.. tempat dia- cage dia kotor ke apa.. atau pun kena geget nyamuk ke apa.. yg jantan ceklat tue still survived.. masa Whitie yang cumil tue dying.. yg ceklat tue melompat2 pijak aweks dia.. tak guna kurang asam betul... misteri jugak kematian dia.. dah la kurus.. feed macam2 tamau makan.. berbagai teori dan assumptions laa mak aku dan adik2 aku berikan.. sodeh betul... mati lak dia.. tak berbaloi abe duit beli sayur.. huuhuhuhh...

Tuesday, February 05, 2008

Entri Quickie Februari 2008.. dalam Pedap dan Pengap..





Rimas aku dengan kriminal syabab mesir yg mengisi lorong- lorong gelap haiyu Asyir lately.. bagaikan scavengers mereka menunggu peluang2 emas atau perak untuk menghambat anak2 Melayu indonesia dan malaysia yg berjalan berseorangan..

Org berjalan sendirian bukan suka2... mana tau kalau terlalu lapar ke takde sapa nak dihajak.. lagi kalau budget memang untuk perut sendiri.. sakit hati betul mengenangkan dah susah nak berziarah malam ke rumah kawan2 di sekitar Souk Sayarah ke Gamiek ke.. ada yg aku dengar bertindak sendiri.. berhambatan.. okay jugak tue.. sekurang2 arab nie sedar yg budak melayu pernah je bunuh orang kat Mesir nie..

Stok baru bekalan komik drpd Chegu Zucafly sampai pada petang penutup Januari 2008. It would be KOMIKOO #1 (yg ada kondem2 org bernostalgia tue wahahah..) dan G3 # 47 yg memperkenalkan CODET maskot baru depa tue ..

Aku ke maarad Kitab Dauli besoknya grabbed dua kitab- satu tue cerita pasal Daulah Islamiah- Possiblities dan apa ntah.. satu lagi pasal Tajwid.. Then terpengaruh tengok Pachak cari2 mashaf dia.. aku pun hangkat satu mashaf di hall Darussalam..sebelum tue aku mengamok2 dengan Aliyah sbb xdpt dia yg berada di jauh sana hall 6.. lubuk budak2 Melayu mencari kitab2 agam dan klasik dengan harga pukal dan borong ..

Komik backing issues AYAH in English aku dapat seketul.. xnampak pulak THE 99.. aritue masa aku xde duit ada pulak.. dapat TEEN STUFF bulan lepas cover Zidane.. for 2.00 yayy murah dr rega asal kaw2 LE 10.00

Memendam rasa sbb tak dapat angkat novel KITE RUNNER dan buku CAIRO illustrated (75.00 tue).. yg agam glossy di American Univerisiti Press nyer Hall di depan sana..semasa di Bekya.. (lambak2 buku dan majalah terpakai..) aku dan Solihiin jumpa edisi Rejected buku tue.. tapi aku x jadi angkat.. sbb buku calar balar sangat..

Dekat hall2 depan tue pun ada jumpa Neil gaimans's neyr komik compi.. Bekmen compi.. semua terjual dalam 100.00 gile mahal nak mampuss.. lagi mahal drpd apa yang VIRGIn Megastores di Star City tawarkan.. ciss..

Azli patutnya bermula cari kitab2 di hall 6.. tapi aku dan Pachak perasan lambat.. cess..


Al fatihah..


3 Februari- marked 3 days ago.. got sms drpd Chegu Zucafly.. mengaborkan pemergian seorang kawan yang boleh je jadi muhandis dan jurutera disebabkan kelulusan akademiknya tapi masih cari makan dengan bidang penulisan.. PanahArjuna @ Ahmad Zafran Abd Mutalib dr negeri Sembilan.. kawan sekerja Icesol di PTS.. sama2 menghasilkan SAHABT KOLE KACANG.. orang Kuat PEKOMIK.. dan apa lagi eh portfolio beliau yg boleh aku sebut? Words and wisdom.. adalah mengisi hidup beliau.. usha blog dia pun ada lagi entri terkini dan fersh.. beliau sebenanrnya mmg pengidap sakit jantung pun.. Al fatihah untuk beliau..

terdahulu sebelum itu hujung Januari itu.. 30 jan da ada dua pemergian besar- allahyarham Dato Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor dan Allahyarham Rosli Ismail atau LOloq yang sangat terkenal dengan penulisan lirik lagu.. mostly bersama M nasir..

Internet mesir lak elok2 je teruk dan cerroi lateley.. so aku pun cuba hadamkan pembelian2 lagha dan yg bermanfaat aku tu..

Semalam. PEDANG SETIAWAN #489 hasmahku cayang bekalkan pun sampai.. dan aku try baca satu novel a la Drama Arab bahasa amiah yang aku rembat di maktabah daulah arabiyah di hayyu Sabeik masa jab duit kat HSBC nak bayar rent rumah aku semahal 183.00 sekepala.. gi sama Muhaimin budak KISDAR now pelajar Mansurah..

AyAT2 cinta The Movie x tengok lagi.. tapi aku pulun layan OST dia.. Rossa dengan Takdir CInta dan Ayat2 CInta.. bikinan Melly sodapp tue...

Price Hike.. gilo gilo gilo globally..

Bayangkan.. x sampai setahun setengah.. minyak masak 1 litre dr 4.50 haritue tiba2 dah jadi 8.00 seliter.. gile ke hapa..

Friday, January 04, 2008

Kenangan masa jadi Ustaz KAFA..

Ni kenangan masa mengajar kelas Fardhu Ain di sekolah rendah Agama di Cheras back in 1996...

Aku menegur satu budak darjah 3 nie.. aku tau dia anak kelahiran warga Indonesia... aku tengok dia sugul semacam..

Aku tanya.. "kenapa kamu nie, Agus? Hambar semacam je rupa kamu.." masa tue perkataan hambar memang sangat kerap pulak aku gunakan dalam kelas aku tue.

Budak- budak satu kelas tolong jawabkan untuk dia.. "Rumah dia terbakarla semalam ustaz...'

"Ooo padanlah.. Inna Lillah wa inna ilaihi rajiuuunn.."

"eh Ustaz..dia belom mati laa nak cakap macam tue.."

Aku pun beriya menerangkan konsep ucapan Inna lillahi tue adalah sesuai untuk kita ucapkan apabila menerima berita buruk dan semua keadaan- keadaan berkaitan kemalangan yang kecil atau besar... bukan berita kematian je.

Tiba- tiba ada seorang murid perempuan yang comel tue merenung aku... dan kemudian bersuara...

"Ustaz nie.. hari- hari sebut hambar... hambar.. hambar tue macamana ustaz? Apa itu hambar?'

"laa betul ke kamu nak faham apa itu hambar, Izzati?"

'haa ye laa.."

Aku pun merapat ke meja dia. Korang faham- fahamla.. budak- budak kan selalu duduk x berapa nak proper dan betul. kadang- kadang kaki dia menolak meja agak tinggi. Kebetulan masa aku merapat ke meja dia tue aku tepuk meja dia dengan kuat seraya membetulkan meja dia.. dan dushhhh!!! tak semena- mena air bekal dia bawak siap- siap dari rumah.. tupperware berisi air susu teh lagi... telah tumpah ke depan dan membasahi lantai.. Izzati pun bermuka hambar dan memandang aku dengan perasaan yg tawar...

"waaa.. Ustaz jahat.."

" Haa Izzati.. nampaknya awak dah faham kan apa itu maksud perkataan "hambar" ehehehe.. takpe.. tengahari nie saya belanja kamu minum rehat.."

Saturday, December 22, 2007

Unta yang menggigit + raya yg biasa2 ajer

Cesss... tak bleh jadi CHegu Zucafly ada entri raya kurban.. aku pun mau load moment korban aku... tapi kambing2 tue bukan aku punye... unta milik Yayasan Pahang dan nadi UMNO manakala budak2 Selangor yg kaya2- ostazah yg ada rezeki lebih sket dengan dua ekor lembu dan empat ekor kambing...

mari kita saksikan moment2 malam aku mengacau koboi2 sebenar yg ditugaskan jadi koboi malam raya tue.. sbb aku, Pachak dan hazin nampak koboi2 tue dapat makan free.. kitoang pun menyemak sekali sambil layan cerita RESIDENT EVIL EXTINCTION guna laptop seorang drpd koboi 2sampai Subuh.. udah sempat plak pulun YAMASHITAyg aku xpernah2 pulun selama aku hidup..boleh pulak aku layan2 sama pachak dan Hazin.. sebelum tue.. bagus x?

Ada sekor kambing tue kena resdong kapa .. asek laa bersin wakakaak ketua koboi yg juga tabib resdung,- si Iqbal beriya laaa menyarungkan Saratoga kepada kambing berkenaan tetapi beliau sangat degil... mungkin beliau mau dighurrah mcm aku kena aritue wahahaha..


aku kelepet apa tah.. citer sambutan raya zaman 1998 dulu.. ahahahaah lama jugak rupa eh aku dodok sini.. suar aku basah staind kena air teh.. ghairah nak kongker nasik ayam koboi2 tue punya pasal la tue...Rosli dan Hazin dengo dengan khusyuk..


Kambing yg aku namakan Unicorn.. cumill.. putih segalaa.. katanya Arab punya.. ada kata org brunei sedekahkan sbb dah tableh terima korban sbb banyak atau dah ramai sgt..


Kambing yg sama.. "Oulll Gebnaaa..." say cheese la tue..


Pagi raya.. tunggu Pachak bersiap kalah anak dara wahahaha.. beriut gambar2 dengan junior2 aku generasi ke 10 dan ke 11.. mak aiii lamanya aku dodok Mesir.. x larat.. terdengar gurauan tabesh masa sesi bergambar.. "haa nie geng2 iadah ngan Istisna.." tahapa.. tabesh tul gurauan tue..










Setahun yang lalu.. rasanya aku x participate Korban Selangor.. dok pulun masak2 untuk budak2 Perlis sempena MB Perlis Dato Shhahidan kassim melawat mesir... dia bagi duit raya sorang 100 Genih.. aku dan budak2 kantin Arau sume dapat duit raya.. beshhh da la malama tue pulun rebusan daging unta (ke kambing? ke lembu?tah.. x ingat..) cicah belacan asam.. perrghhh x sedor2 diri resdung..

Pagi raya tue pulak.. da la x cukup tidor... Amir dan hazin kasi idea lak bergambar dengan unta2 Yayasan Pahang tue..gila bapak besar gigi unta tue... kakau dikunyah muka kami sorg2 mau mamposs hagaknya wahahaha... da la Amir dan Amir tue comel.. (ada dua Amir.. sorg Amir Sharipudin org panggey SHipuden sorg Amir tomoi.. wahahaha tp dua2 pun comei..)



Dari kiri ke kanan:Amir, hazin, Amir Shipuden, Rosli, aku.. Fitri.. budak pahang mana tah.. sedang bermesra dengan unta gigi besor tue... gila kau gigi dia.. masa nie pachak dengan sapa tah.. "cari port'.. ehehehe



Amir tersenyum2 dapat pegang unta.. ye laa unta tue tengah baik.. dibuatnya gila nak geget tinga kang.. mampuss..


Tengok tue.. sket lagi tinga Amir Tomoi nak dibahamnya.. rakoss tue.. wahaha



Oii unta pandang sini laa.. aiseehhh...


Aaa baru ngam.. tp aku x berani sorang.. kena ada Azin...


Ada la cubaan dr banyak2 tue yg jadi..amir pun tersenyum gembira..









Entri di bwh nie dengan Unicorn.. pagi tue dia sangat fotogenik.. tak meronta.. bagus laa...


Tengok nie.. selamba je pegang tanduk.. dia diam jer.. x marahh..


Dari kiri ke kanan: Kambing, hazin..



Dari kiri ke kanan.. pachak.. kambing.. wahahah serupa x? ehehehe..

pagi raya kedua baru aa depa nak sembelih sbb raya pertama kitorang makan daging2 korban budak Kedah dan unta budak2 Pahang.. aku missed the moment sbb tertido.. aku denghan Helmy tersipu2 datang pukul 10.00 pagi.. padahal kami da bangun pukul 8 pagi tue.. aku pun buat2 laa buang lemak dr daging2 yg dah hampir 100 persen siap dilapah oleh bdk2 nie..

********************************

"Sayang.. kalau nak manja.. manja je laa.. jangan nak ngade2 nanti kena marah..." eeheheheh sian sayang aku asek kena marah je kalau mood aku x kena.. saja je.. cari pasal P
...

Lepas nie nak peksa lak.. tah laa macam sedap pulak baca ADAB Sastera Arab Moden tue .. tapi ngafalnyaa.. bleh ke..(tahun lepas tajuk lain..)

Wednesday, March 28, 2007

On and off.. weathered

Cuaca sekejap sejuk sekejap panas nie betul2 melotehkan badan dan kepala untuk menangggung dan membalacancekan bdn.. Ya Rabb.. give us strength..

Kepokaian tahap gilababas aku x abes2 lagi da x keja nie..
2007 anyone... what do u expect? pergi Sabie pun 3 genih taxi bg driver yg payah nak deal..

aku mmg tak abes2 berada dalam lingkaran kejam.. vicious circle of kesingkekan..

berkata bijak pandai akan pepatah: "bila kemiskinan mengetuk pintu rumah.. cinta dan kasih sayang melompat keluar dr tingkap.."

tersayang aku kata takyahla kerja... aritue called Ima dia emo plak... nak peksa.. aku hrp adik kandung pempuan sorg aku tue leh handle diri dia.. (she always did..) yg tak tahan ialah everytime ada bende tabesh kat Malaysia tue- aku yg tak abes2 lagi studi kat perantuan nie yg diblamed for.. patut ke? Mom sangat merindukan aku tue.. aku tau...

Tersayang jumpa nama Baieda kat blog aku yg satu lagi di Yahoo 360..dia pun majok2.. soweee... sekali sekala dihambat memori lama dan nama tue mesti naik.. sowee ek bushuk..

Bee out of track...entahla dia tue..

Reihan da nak balik Malaysia.. ALiya pulak rajin gi kelas Talaqi Quran...

Kitab kuliah Hadis Ahkam aku pushed baca sekejap.. berhenti kat muka 30.. yg lain2 banyak lagi x checked.. apatah lagi Juzuk 7 dan 8 Quran.. aihhh.. subjek lain pun kaw2 gak tue lebih2 lagi Usul Fiqh..

By now aku layan dulu Kitab Fatawa tulisan Syeikh Atiyah Saqr.. lagi besh baca... ada banyak gak topic2 dan permasalahan umah.. yg aku penah baca 2004 dulu.. terhenti kejap sbb tak bwk balik bersama masa balik Malaysia aritue..

kalau aku x pulun kitab.... aku pulun lokes2... mcm besh atau perasan besh..

membawa aku kepada persoklan kenapa aku x isi blog aku dengan fatawa? kenapa review kaset ehehehe.. aku minat membebel pasal band... so belasahlaa..

Aihh The Star saja ke yg cr pasal dengan negeri Kelantan isu Lojing skang nie? ada saja idea depa nak provoke Kelantan..

yayyy bulan 4 gonna have seluar baru belian tersayang..dan stock-up BLUES SELAMNYA yippiya yooo.. aihh nak peksa dah laa..

Rushdan take no IC aku untuk urusan bantuan.. lps tue tak teruskan.. tapaham aku.. aku kinda in need, desperately... sgt2 money nak teruskan hidup nie wehhh.. jgn main2...

budak2 keje Arau tatau apa cerita.. Fahmi da balik ke belom? awie rindu2 aku sampai msg testimoni kat Fwenster ahahaha dan x nampak da kepetualangan cinta Yon atau kepoyoan Ateng yg konon2 dia sorg je amik berat bab2 ilmu nie...

AF5? hmmmm.. dah tired of Aznil ..dance routine yg sama.. AF nie bagi budak2 yg tak pernah kenal atau dengar seleksi lagu drpd penyanyai asal jer gila2 sukakan bdk2 pelajar tue.. mcm depa br kagom Mawi bawak lagu Dewa dulus..

Aizat si gemok tue mcm besh.. rocking dia..

bleh la terhibur dengan satu moment Amy Mastura jd doctor check up on Dekna tue...yg tue mmg kelakar!! at least Amy mastura melawak x mcm Raja Azura yg tiba2 claimed dia Kak Engku.. atau senior segala..

bulan nie aku obses dengan seleksi mp3 yg berikut:
1. Ingkar- Bunga Cinta Lestari
2. With Love..- Hillary Duff.. gileeeee da kurus gile makcik nie.. apehal eik?
3. Extraordinary- Mandy Moore... awek poojaan Vovin..
4. Desecration Smile- RHCP, of Stadium Arcadium double CDS.. and their single album title yg sama
5. Ruby- Kaiser Chief..
6. Give It To me- Timbaland feat. Justin Timberlake ngan Nelly Furtado
7. Someone to Love- Fountains of Wayne feat. Melissa Auf der Aur mar.. (makcik bassist Hole +Smashing Pumpkins sekejap..)
8. Candy Man- C. Aguilera
9. I Want Candy- Mel C
10. Sweet Escape- Gwen Stefani feat. Akon (dia nyer nyanyi mcm Ms Swan- watak lawak dr MADtv tue jer.. ahahaha
11. Dashboard- Modest Mouse
12. Leave me Alone- Pink
13. Light Surrounding You- Evermore

Thursday, February 08, 2007

39th Egypt International Book fair.. (closing), 4th Feb ritue..





aih.. patutnya aku draft dua tiga hari lepas.. landing balik kantin selalu pun lupa nak updating.. apart tgk video lagu2 Damien Rice.. Amy winehouse yg kewl kat Youtube..

pagi 4 Feb tue aku coti keje dr kantin.. break.. Alia Nadia called.. ajak gi penutup Maarad Kitab Kaherah ke- 39.. (aihh sama umur tue dengan Grammy Awards kat US sana.. ehehe.. aku xabes2..) bersama Reihan.. aku pun da hampir terlupa.. ekceli budak2 nie dah berpuluh kali (seperti dikhabarkan Alia kepada aku..) ke sana usha scene.. x beli apa poun.. aku tau- seperti aku yg baru dtg mesir dulu pun- bukan reti nak beli apa2 yg good pun... except aku tau apa aku nak beli- backing issues komik2 terpakai.. (ada yg okay..) tp pasal komik tue dilambakkan di tempat exposed to sunlight kdg2 jadi tabesh je mutu komik tue dah.. pdhal issue few months back jer..

So aku pun pergi.. Alia dress glamer giler.. nagn baju kurung.. Reihan ganas semacam ngan niqab a la budak Turki atau Minah mesir.. membawa bersama seorang kakak.. mungkin baya2 Reihan gak sbb Alia panggey Reihan pun kakak..

dalam Tramco ada pulak Muiz.. so borak2 cincai.. then sampai laa kami kat nadi Sikkah.. aku pay the admission tiket.. tiket kali nie lawa..sponsored by Mobinil saingan Vodafone.. berlatarkan wajah Najib mahfouz.. aku pun poyo2 terangkan who is the man dalam tiket korg nie.. padahal aku pun tak pernah have lagi satu buku pun karangan dia.. ehehehee kira ok aa.. aku recognized the man...

kagom tul .. ALia looked over me dan Reihan nyer movement all the way.. (Hasmah jangan jelesss ekk? winkk**)takut hilang track.. aku x sempat ke belakang Hall Kompeni Perancis (ke German) dan Kompeni Al Ahram for Distributing and Publishing nyer Dewan where.. konon2 dua tempat nie jadi kunjungan org mesir.. birdies yg nak cr stuff In english ke.. overseas nyer books.. mags.. haihh soweeeee.. mmg mahal giler zaman2 aku dodok sini dr 1996 till today.. kalau beli yg Al AHram da amik.. bila dia pegang buku2 tue dan jual balik mahal gilos.. tiga kali ganda maa..

so aku kagom sbb da maju bebb..!!! ada dua tiga booth dan hall sendiri yg da pegang dan jual buku2.. novel2 inggeris.. buku panduan melukis komik handled by Frank Miller pun ada.. Alia da mula sindir2 "minat" seorang tua seperti aku.. aku pun cakap.. "Kau mmg belom kenal dunia aku Alia..."

Novel2 najib mahfouz in english.. buku2 mewah.. dekat Najib mahfouz Pavillion line pun banyak.. majuu..

novel2 vampire yg laris skang nie di Us dan UK..Cirque Du Freak aku cuba memahami tapi x dpt gak nak beli sbb gaji x cukup2.. sewa rumah baru nie pun org yg cover..terjual antara 40.00 genih dan fresh.. murah la tue.. novel2 dr Tv episode.. sambungan Eragon pun ada.. novel2 Tom Clancy.. aihh.. gerammm...

lepas aku terrambang mata dan Reihan dok cari2 Mashaf Quran yang besh.. padahal bleh je dapat free giveaway dekat Hall mamlakah Arab Saudi sana.. takde rezeki.. aku pujuk2 mamat kaunter pun x dpt.. aku mengadu lapar.. kami parted.. aku beli sandwich ayam for LE 7.00 then masa Reihan gila2 sambar poster Khat dan kaset2 Qari Quran dengan kakak Long dia tue.. aku cuba memujuk nak dptkan Mashaf Free Naskhah Arab Saudi.. tulisan khat Toha OSman.. (ilmu, data nie Rushdan kasitau aku..) semakin lama semakin chuunnn.. tulisan br lebih fresh dan nampak ringan.. tak dpt.. aku cumna dapat poster Al Alqsa.. yang kendiannya aku handedkan kat Reihan..

reihan masih borong kaset2 Quran.. Alia da start ngadu sakit kepala.. dan berborak pasal where to buy jeans.. aku pun tatau.. aku gi lari kat tempat jual mags lambak2 dan backing issues yg always crowded tue dan angkat dua komik Spider-man Civil War ties in few months back.. for 10.00.. x dpt angkat Bekmen dan Iron man.. alia sengih2 her tengok "tabiat" aku..

Reihan masih borong kaset2 Quran.. aku pun suggest dia angkat Yusof tulisan Amru Khalid.. the best drpd banyak2 buku dia.. Reihan x kenal dia.. kak Long dia pun x kenal dia.. aku pun beriya terangkan.. siap showed the poster dan kaset2 ceramah dia pun banyak terjual antara LE 1.25 sekeping.. kaset dan CD Reihan edisi arab pun ada.. depa pamer bawah dr kaset artis ARab baru- Nassem dan Sami Yussoff.. caisss...

aku berjaya soh Reihan dan kak Long dia beli Yusoff.. aku ckp.. Reihan baca la slow2.. mmg sgt besh buku tue..

kami parted.. semayang..

Reihan beli Fried Chicken.. aku jumpa Duwe dan Azmir baru lps borong Cd2 program Arab dan Quranic.. Harf beg sekali.. kaya depa.. budak2 Perlis dok usha2 akoo.. peduli hapa eheheh..

Reihan decided kami leave Maarad Maghrib.. setiap budak Melayu aku jumpa aku cakap..
"Ana Thiqah.... bawak Ustazah.. balik Maghrib.." ahahha...

Naik tramco.. sayup2 tepi jalan kat Trace Center ada pulak ICT International Fair.. baru open.. abes 7 Feb...

Malam tue kat Darul EHsan Cafe... lepas parted dengan ALia dan the rest Maghrib tue..abes makan2 malam gorengan Ustaz ABbas.. aku lepak ngan set2 saing aku budak2 Johore dan Zehar dr Phg yg selalu usha jeans dan baju2 baru di ABo Elaak.. dia ckp.. seluar sana pun da mahai...aihh tabeshnye..

Sunday, November 19, 2006

Munaqasyah Magister (MA) seorg kawan

Aku x ikut Munaqasyah Anhar sbb aku anti dia terang2 ahahaha wpun dia seorg ikon perjuangan dan ikon student2 Mesir..peduli apa aku.. ikon aku adalah member aku yg rock layan Awie dan Iron Maiden tp dpt BA Hons jayyid Jiddan kalahkan Anhar beberapa point jer ahahaha

Recently.. tertampal di Mat'am Darul Ehsan yang sorang sahabat musibat bernama Atiullah Osman... bukan sabahat aku sgt pun.. dia supposedly datang tahun 1998 kot.. kawan Faisal Kamil... pastue masa dia dah grade awal drpd aku.. budak Tonto sedapla scored- tiba2 dia advanced mendolod dan mentauzikkan bahan2 dolodan.. tak pun dia x dolod tp dia ske sebar dan shared brg2 ehh aa nie bende aib la nie apa cerita sini... ok laa cover balik .. file2 dia banyak yg bagus ahahahaa... dia rajin la bertandang rumah aku tahun 2002 kat Gamie.. zaman2 ada Yan ngan Azraiii ngan Adannnn.. masuk 2004 kena halau dek Deris dr Rumah Selangor ritue..

Halamakk mamat nie tiba2 state dekat bwh nama dia.. Pensyarah Bhg Inovasi dan Design Limkokwing tue.. shaiittt takde tonnn... tercabar aku.. Apis dan leih2 lagi sallam ketika aku membakar dan menghanjing beliau akan berita ini..

Iklan tue state.. He will having his Munaqasyah Magester dia bertajuk Kasfil Haqaik fil Tahrir Ad Daqaik apa lagi ntah.. sebuah Dirasah Tahqiq bab2 Hakikat.. di Uni Cairo.. dinilai oleh Doctor2 dia pilih dr Dirasah Ulum Hakiki Univ Cairo sinun pd 16 Nov ritue.. soo APis dan aku decide to catch the moment laa.. sbl kitaorang pun kena follow kelas2 Malaysian Studies on History, Politics and Economy kat Fakulti Arkeology Uni versiti yang sama petangnya..

Aku sampai da nak pukul 2.00 petang.. musim sejuk. Lagipun dok terpusing2 tepi ruang legar utama tingkat satu Fakulti Darul Ulum Uni cairo tue.. caisss rupa2nya kat tepi tempat yg aku dok berlegar2 jer... suara da dengar dahh.. agak elite jugak.. Banat Arab followed dengan minat... budak Melayu x ramai pun..

Mungkin sbb aku da terlepas banyak moment yang besh di awal.. depa start pukul 11.00 pagi lagi.. soo tau2 dia tengah sedap dinilai... dibetulkan mana2 klausa.. paragraph.. data2 oleh Doctor.. dia mungkin da letih.. jwb soklan doktor ketiga penilai kerja MA Magister dia.. gelak2 jer lawak betul.. mostly bercerita pasal Alam... matriks ke? Kainat.. Fizik.. Metafizik..Bende... Alam Bende.. Filsafat side.. Ilmu2 bercerita pasal hakikat.. nama2 seperti Ibnu Qayyim, Ibnu Rushdi.. Al Jauzi.. Kitab Ihya Ulumuddin Imam Al Ghazali pun diheret sama dlm perbincangan dia dengan doktor2 dia..

Then tiba part dan moment besh... keputusan penilaian : dia dpt MUMTAZ.. perghhh...aku bertepuk tangan bersama crowd tanpa berbelah bagi.. feel the spirit. semangat tuee... dan aku berkesempatan membelek2 naskhah buku MA dia.. mmg proper.. cantik.. neat dan detailed nak mampus. mmg sgt bagak..

10 tahun dia.. 4 thn BA. 5 tahun MA.. aku? Ahh aku ada alasan dan cerita aku.. hohohoh tak apa.. aku akan amik MA jugak nanti di bidang perkomikan... tengokla nanti...

Yang aku lawak.. bila aku tanya Megat.. "Eh, bila masa ko tera main Adobe? siapa iklankan iklan kelas kau nie state nama ko pensyarah design.. ??"

Megat gelak besar.. dia jawab "Ahaaa.. aku apply jer.. aku bhg Agama .. dlm, di bwh Fakulti tue laa.. soh la Sallam pun apply sama.."

Haa betul tu Sallam.. mari la kita push luck di Limkokwing pulak ehehe

Da lama x jumpa u Azhari.. dia pun ada sama among cronies dan crowd Melayu yg ikut.. sapa tah geng2 Megat tue aku x kenai.. Megat beredar layan pening sbb dipau penjaga dewan Arab yang hampeh.. dan dipanggil lagi Doctor dia untuk beberapa taujihat penting..

Saturday, October 28, 2006

Blues Hari Raya..again and again

Raya tahun nie- aku dok berkurung kat rumah.. opening winter mengganas.. udah ujung raya ritue shelebet nak mampus- air bleh takde.. problem kat rumah.. it's not funny- budak2 yang aku dok merempat rumahnya dah perli2.. Helmy ngan Apis pun merempat sama wohohohoh.. i got flu dan sakit perut x pasal raya pertama sampai skang.. arghhh.. tensen..

Pengisian raya aku- Mak dam (*pasangan Ostazah yg berkahwin kat sini nyer panggilan mesra...) yang left pun siapa jer nak visit..

tadi call Mom..adik aku yg no. 3- AP yg baru bertunang tanya2 aku mintak restu nak langkah bendul dulu.. ahahaha lawak2... abes AG tanak kawin ke..? Aih Mom.. kalau la aku leh abeskan studi nie properly dan zakat aku dibayar.. gamat rumah aku dengornya layan bola kat TV Astro means.. AP ada la kat rumah tue..

yg si Ima ngan Pizam org da passed tepon tamau, tak reti bercakap pulak.. aihh..

paling besh.. pengisian raya aku aa.. ahahhaa kalau tahun lps raya blues aku layan lagu Lifehouse- Blind sampai berjuraian air mata... dan menghilangkan rs sendu ngan SMALLVILLe season 5 nyer opening.. sambil ditemani SMS Bee..

tahun nie aku layan episode HEROES yang gripping dan memukau tue..
ye laa kat siapa la aku nak ngadu belus aku.. kalau APis tu adalah PSP dia nak layan2.. aku nie nak angkat USB mp3 pun x terangkat..

siri nie ada sket2 mcm XMEN meets HIGHLANDER meets 4400 meets SMALLVILLE...





jugak do-rama HERO special (Takuya Kimura's best performance.. dan sentiasa poyo..)- Azmir aa cargas cari sebaik aku ckp japon premieredkan kat TV sana Julai lalu... tabeshnya sbb Matsu Takako cuma muncul sekejap kat ujung.. dan xde ura2 nak ada season baru.. Matsu Takako pun da kurang chubby dia nyer pipi..



Passport baru da dapat.. urusan kuliah belom start.. tp duit da menyusut kat makan sahur..

Pride OF Baghdad x sampai2 lagi..

Blues Selamanya nak terancam? MOY nak "kemaskan" sale dan susun atur krew... tak adil kalau BS yang terancam..



Udah g3 dan JOM bergabung sbb sales jugak.. hmmm penerbit ada alasan sendiri. biarlahh..

Obsessi lain ketika ini.. (x semestinya aku layan betul2 sampai x hengat donia..)
1. MCR's Black Parade
2. band EXTREME of 1990s reunited.. Boston rockers pojaan aku!! Yattaaa...!!
3. Incubus baru bakal hit November nie..
4. Line sajak Ina Kulai..dalam album raya HIjjaz + Artis2 Hijjaz (alehaiii)... "sungguh.. ku angguki.. kasihmu.. Ilahi.." far more besh dr Dian Sastro dan Melly doing sajak Rangga ahahhaa.. honest niehh..

pengisian puasa.. obses ngan Mak maisara.. dlm Drama Diari Ramadhan Rafique..(tiru Sallam..) mula2 aku x amik pot sgt Sallam dok sebut2 last2 rasa besh plak tgk makcik tue udah la lawooo.. membebel kat anak2 dia yang nakal ritue... Roy Azman selamba bodo jer backing anak2 dia.. hillarious bah!!

Friday, October 13, 2006

Joe Chen doing Buffy cover..Brazilian Girls +Posa Raya



Macam besh plak boh pic Buffy lokesan Joe chen nie... ahh mmg besh pun.. boh jer ahh...












Obsesi lain ketika ini..
The brazilian Girls.. band dub +electronica+house+ lounge+techno tapi pekat betul pengaruh punk dia..

lagu aku paling ske drpd depa dr album Talk to La Bomb ialah Never met a German.. dan Sweatshop..















Ramadhan da penghujung 10...


pejam celik pejam celik da ujung ramadhan.. aku baru balik terawih nie..duduk kat masjid Walidain nie.. hari2 berbuka lauk masjid.. stok dia x penah abes tue.. hari2 ayam.. kagom aku dengan kebajikan masjid nie.. JKK masjid dia baguih aa..

tp aku x puas hati cemana sesetengah imam yang muda tue melayan pekerja masjid yg jauh lebih tua dan senior drpd depa.. apa sbb pekerja masjid tue x berilmu tinggi dia x deserved penghormatan ke.. nak mara2 .. padahal mic tue takde aa x kedengoran sgt.. still loud kalau imam tue nak angkat suara dia.. dua kali dah berlaku dan aku sgt kesal akan keadaan ini.. pekerja masjid tue kalau kat Malaysia laa.. kalau dia x kuat bodek tapi rajin kerja pun dihargia.. kurang2 jd JKK kampung ada pangkat laa jugak agaknya.. sakit hati tgk budak2 muda tue kurang hajo kat org tua tue bila mic konon2 tak pick up pdhal okay jer suara imam kedengaran... aihhh bengang pulak dalam semangat terawih..

satu lagi yg manis sket ialah cemana budak2 kecik dan muda tanpoa diajor siapa2 hidangkan kita.. treat kita air sejuk penghilang dahaga antara 4 rakaat terawih dan satu tazkirah tue.. mcm binik ko treat ko air laaa... bezanya nie budak lom baligh.. (kang ada lak ingat aku gay atau fetish budak kecik lak.. apedaaa..) aku cuma ske keadaan tue.. apart arab nie terkenal kasor.. harsh semacam.. inilah beshnya ramadhan mesir..

aihhh ruang tag dan msg kat bwh aku tue mcm bermasalah jer.. ambik masa la aku nak faham masalah tue yer kawan2.. haiihhh leave aje la comment kat ruang biasa abes satu2 post nie yer.. thank u..

selamat hari rayaa...